Narasumber : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/1001kisahteladan4.htm
Seorang telah datang menemui Rasulullah
s.a.w. dan telah menceritakan kepada
Baginda s.a.w. tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu
Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan pun pada diri
Baginda s.a.w. mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu.
Baginda s.a.w. kemudian bertanya kepada para
sahabat,"Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai
tetamunya pada malam ini bagi pihak aku?" Seorang dari kaum Ansar telah
menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. , saya sanggiup melakukan seperti kehendak tuan itu."
Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan
pula kepada isterinya seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah
tetamu
Rasulullah s.a.w. Kita mesti
melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang
ada pada diri kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita
tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah
kita." Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah!
Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun, yang ada cuma
sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini
?"
Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka
dahulu (anak-anaknya) tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya
duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan makan yang
sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu,
sambil berpura-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu
tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan
bersama-samanya." Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan
seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri terpaksa
menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga
berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu,
Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan."
(Al-Hasy : 9)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tafsir Al-Quran:
0 komentar:
Posting Komentar